Friday, November 23, 2012

Andainya Lelaki Tahu Hati Seorang Perempuan ..

andainya lelaki tahu,
apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya ..

andainya lelaki tahu,
apabila sesorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna die lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan,
untuk terus tabah menyintai lelaki itu ..

andainya lelaki tahu,
apabila perempuan banyak bercakap,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi die mahu lelaki itu mengenalinya dengan leboh dekat..

andainya lelaki tahu,
apabila perempuan berkata die mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi die mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda ..

kadang2 die terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
mungkin anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi,
naluri keibuannya sangat kuat,
dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda ..

andai lelaki tahu,
apabila perempuan merajuk,
jangan kata die mengada-ngada,
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit,
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat 
perempuan rasa dihargai ..

andai lelaki tahu,
apabila perempuan jarang melafazkan "i love u" ,
tidak bermakna dia tidak menyintai ,
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata,
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu,
apabila perempuan kata die rindu pada kamu, 
dia benar-benar maksudkannya,
apabila berjauhan, 
bayanganmu akan sentiasa bermain di matanya..

andai lelaki tahu,
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu,
dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yg terbaik di matanya,
walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya ..


andai lelaki tahu,
apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil,
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengannya ..

percayalah, hati perempuan itu sangat lembut,
andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya die menukar fikiran dalam masa sesaat ..

andai lelaki tahu,
apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!" .
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya,
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja ..

apabila dia kembali tenag,
percayalah dia akan mencari anda semula,
itu tandanya dia benar-benar menyintai anda,
perempuan sukar untuk mengawal perasaan,
dia terlalu emosional,
tetapi dialah yang paling menyayangi anda,
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda ..

andai lelaki tahu..
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yg tersendiri,
tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalah hidup anda,
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan saja,
tetapi die juga ada kekuatan untuk menyokong anda,
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna,
dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri solehah, juga ibu yang terbaik untuk anda-anda anda..

wahai kaum Adam, fahamilah dan mengertilah jiwa seorang wanita ini .. 






thnkx a lot for reading

No comments:

Post a Comment

komen ??